gunung

gunung
"Dan Ia menetapkan di bumi gunung-ganang supaya ia tidak menghayunkan kamu; dan sungai-sungai serta jalan-jalan, agar kamu mendapat petunjuk" [AnNahl:15]

Page

19 Januari 2014

Pengetahuan Tentang Denier


Denier ialah unit ukuran bagi tekstil untuk jumlah ketumpatan jisim linear gentian (fiber) . Ia ditakrifkan sebagai jisim dalam gram untuk setiap 9000 meter gentian. Ukuran standard untuk 1 denier bersamaan 1 gram diambil berdasarkan jisim bagi gentian sutera yang panjangnya 9000m. Mikrodenier pula digunakan untuk menyukat gentian yang mempunyai berat kurang daripada satu gram bagi setiap 9000 meter.

Ambil contoh satu jenis fabrik beg yg berjumlah 500 denier dan 1000 denier dari fiber yang sama. Perbezaannya ialah dari segi berat dan ketebalan yang mana 1000 denier adalah lebih berat dan tebal. Untuk fiber yang mempunyai jumlah denier 1g atau kurang, ia dikenali sebagai mikrofiber yang contohnya digunakan dalam pembuatan tuala outdoor.

Pengetahuan tentang jumlah denier amat penting di dalam pemilihan produk-produk siap outdoor contohnya dalam pemilihan beg. Bahagian bottom bag, belakang beg, shoulder strap dan hipbelt adalah kawasan-kawasan yang memerlukan fabrik berketegangan, lebih tahan dan lebih kekuatan. Sudah tentu jika mengandaikan fiber sesuatu fabrik adalah sama; jika lebih besar jumlah denier, maka lebih kekuatan fabrik tersebut.

Beg Cuben Fiber


Penggunaan fiber yang berbeza juga memberikan hasil yang berbeza juga pada kekuatan fabrik. Contohnya 500 denier fabrik dari fiber nylon adalah lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber cotton walaupun jumlah deniernya sama. Terdapat juga fiber-fiber sintetik berteknologi tinggi seperti dyneema dan polyamide yang lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber nylon walaupun jumlah jisimnya lebih rendah dari 500 denier. Cuben fiber contohnya; walaupun ia adalah 50%-70% lebih ringan dari Kevlar ( digunakan dalam pembuatan baju kalis peluru ) tetapi kekuatannya adalah lebih kurang 4 kali ganda dari Kevlar.   

Pengeluar-pengeluar beg masakini contohnya mempunyai formula sendiri dalam menentukan nisbah kekuatan fabrik berbanding berat beg bagi menghasilkan beg yang ringan tetapi kukuh. Selain faktor rekabentuk (design) dan pembinaan (construction), pemilihan fabrik yang tepat dengan mengambilkira faktor berat berbanding kekuatan ( weight & strenght ) akan menentukan prestasi sebenar sesuatu produk.

Penganggaran material fabrik bergantung pada denier yang diperlukan juga dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu beg seperti menggunakan fabrik yang lebih kukuh pada bahagian bawah kompartmen utama (pack bottom), belakang beg (backsystem) juga penggunaan fabrik yang sesuai pada hipbelt atau shoulder harness. Maka di sinilah kepintaran pereka-bentuk diuji dimana agihan antara berat dan kekuatan fabrik perlu tepat di dalam sesuatu rekabentuk. Dan pengetahuan tentang denier yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu rekaan.

12 November 2013

IP Rating

Kod IP merujuk kepada Ingress Protection atau kadangkala disebut International Protection menklafisi mengklasifikasikan bentuk perlindungan pada peralatan seperti perlindungan daripada kemasukan objek luaran, habuk ataupun air. Standard antarabangsa ini di buat oleh International Electrotechnical Commission (IEC) bagi memberi ketepatan pada pengeluar apabila mengeluarkan peralatan berlitar yang merujuk pada spec perlindungan objek luaran atau perlindungan air (waterproof).

Bagi pengeluar peralatan outdoor, rating ini biasa digunakan pada peralatan seperti lampu, headlamp dan sebagainya. Di dalam tandaan ini, ia mempunyai kod huruf yang ditandakan sebagai IP, abjad pertama samada nilai 1-5 ( bagi yang tiada ditandakan sebagai X ) untuk perlindungan dari bentuk pepejal dan abjad kedua samada nilai 1-8 untuk perlindungan dari bentuk cecair. Terdapat juga klasifikasi abjad kedua sehingga 9 tetapi bagi peralatan outdoor, maksimum hingga 8 sudah memadai.

Bagi memudahkan pemahaman, aqu dah meringkaskan rating ini secara jadual.



Dari jadual di atas, kita sudah boleh mengenali tahap perlindungan yang pada peralatan yang kita gunakan. Apakata kita buat sikit perbandingan pada tahap IP headlamp yang sekelas dari berbagai jenama di pasaran.


Zebralight H52,  IPX7  , max 280 lm, 80g,  USD64.00


Princeton Tec Vizz, IPX7, max 165 lm, 92g, USD49.95


Black Diamond ReVolt, IPX4, max 110 lm, 97g, USD59.95


Petzl Pixa 3 Pro, IP67, max 50 lm, 160g, USD74.95

Ok dapat tak?.. Jadi dari spec IP headlamp kat atas dah bole nampak yang mana satu idaman kalbu kan?. Perkara ni penting sebab hutan kita tahap kelembapannya tinggi. Jadi dalam memilih peralatan outdoor, tahap IP nya perlu di ambilkira.

8 November 2013

Waterproof Rating


Kebanyakan fabrik yang waterproof mempunyai nilaian rating tertentu di dalam spesifikasinya.  Ia akan dinilaikan dalam unit mmH20 atau psi. Fabrik jenis ini biasanya mempunyai lapisan DWR (Durable Water Repellent) samada ia waterproof secara coating, laminate atau sebagainya.

Ok, rating untuk tahap waterproof ini akan dinilaikan seperti 10000mm, 15000mm, 20000mm dan sebagainya. Sebelum tu kita kena faham maksud psi iaitu Pound per Square Inch. Psi ialah unit untuk mengukur tekanan yang mana ditakrifkan sebagai daya per unit keluasan.

Bayangkan satu eksperimen dimana satu tiub silinder diletakkan di atas seinci persegi fabrik yg ingin diuji. Kemudian air di masukkan ke dalam tiub tersebut untuk memberikan tekanan kepada fabrik. Tinggi air yang di masukkan disukat dengan unit panjang atau tinggi. Nilai seperti 10000mm ialah ukuran tinggi air yang dimasukkan. Apabila fabrik dapat menahan tembusan air pada nilai tertentu ( cth 10000mm) maka ratingnya ialah 10000mm dan kalau 20000mm maka ratingnya 20000mm dan sebaliknya lah.



Ok, setakat ni dapat tak?.  Untuk convert daripada nilai rating mmH²0 ( cth 10000mm) ke Psi, ia memerlukan sikit pengetahuan matematik. Tenaga keupayaan air dikira  berkadaran dgn jisim air dikalikan dgn gravity dan dikalikan dengan ketinggian. Jisim air pulak ia related dengan suhu air. Jadi kita ambil lah nilai suhu malar air di hutan hujan kita iaitu dalam 20°C lah andaian. Ke ada org yang pernah ukur suhu air hujan kat dlm hutan, meh sini nilai dia aqu kirakan.

Tapi kalo malas nak kira, kita google je lah convertion table dari unit mmH²0 ke psi atau cmH²0 ke psi. Jadual convertion yang aqu rekemen ni dr Universiti Cornell punya link. http://www-users.med.cornell.edu/~spon/picu/calc/pressure.htm

Kita amik contoh fabrik xpac utk pengiraan. Mengikut spesifikasi pengeluar, tahap waterproof nya sehingga 200psi. Jadi, ia berupaya menahan tekanan air sebanyak 140,640mmH²0. Atau contoh lagi satu spesifikasi flysheet oren yang berada di pasaran dengan tahap waterproof sebanyak 12,000mm. Untuk tu, kita perlu tahu spec material dan brapa nilai yang kita perlukan ya.

Untuk memudahkan, ni adalah nilai waterproof dan keberkesanan yang aqu jangkakan untuk hutan kita.


  • 5,000 mmH²0   = mampu menahan hujan rintik
  • 10,000 mmH²0 = mampu menahan hujan sederhana
  • 20,000 mmH²0 = mampu menahan hujan lebat
  • 30,000 mmH²0 = mampu menahan hujan super lebat, hehe


Jadi, anda bole menilai apa spec material yang anda hendak beli samada untuk jaket, flysheet dan sebagainya la. Untuk produk yang menggunakan waterproof rating dgn bacaan ipx seperti IPX7, IPX6 dan sebagainya, kita sambung lg dlm blog akan datang.

4 November 2013

Backpack: Ujian Lasak 96.5 km/h

Ini adalah sebuah video dari majalah Backpacker ketika menguji tahap kelasakan beberapa model beg dari berbagai jenama yang berbeza. Beg-beg tersebut diikatkan bersama lalu di tarik dari sebuah trak yang bergerak selaju 60mph atau lebih kurang 96.5 km/h.





Jadi sudah bole nampak perbezaan kan? Fabrik dan pembuatan yang berbeza akan memberikan hasil yang berbeza.

Gore Tex vs Event vs Neo Shell



Hari ni kita lihat beberapa video eksperimen untuk membandingkan kemampuan material yang biasa di gunakan dalam pembuatan jaket-jaket outdoor. Gore Tex, Event dan Neo Shell adalah material prestasi tinggi mempunyai kemampuan yang berbeza tetapi sama fungsi untuk mencegah air masuk ke bahagian dalam  dan dalam masa yang sama membenarkan udara keluar dari badan.

Material-material ini mempunyai 2 spec iaitu fabrik 2 layer dan 3 layer. Kita akan membincangkan perbezaan 2 layer dan 3 layer dalam post akan datang tetapi kali ini kita akan melihat prestasi ciri 'breathability' atau 'air permeability' atau dalam bahasa yang lebih mudah tahap 'pernafasan' fabrik tersebut.


Daripada eksperimen ringkas di atas, kita bole nampak tahap 'breathability' fabrik Event adalah jauh lebih baik dari Gore Tex dan NeoShell. Ciri 'breathability' adalah amat penting jika kita beraktiviti di hutan hujan. Keadaan dimana mempunyai tahap cuaca yang panas dan hujan yang lebat sepanjang tahun.

Kita lihat lagi satu eksperimen mudah untuk menguji tahap 'breathability' Gore Tex dan Event.




Antara jenama yang menggunakan Event dalam pembuatan jaket adalah seperti Karrimor, Montane, OMM, RAB dan beberapa jenama yang lain. Gore Tex digunakan lebih meluas oleh pengeluar-pengeluar yang lain. Harga bagi sehelai jaket kebanyakannya di atas RM500 dan ada yang melebihi 1K.

Tetapi hati-hati, jaket ini amat berbeza dengan jaket-jaket tiruan yang banyak terjual di sini yang berharga sekitar RM100-RM150. Nampak memang sama tetapi material fabrik adalah tidak sama samasekali.

2 November 2013

Perbandingan Berat Fabrik


Terdapat berbagai jenis fabrik dari yang digunakan dalam pembuatan produk-produk outdoor. Setiap jenis fabrik mempunyai berbagai tahap kekuatan, jalinan dan berat yang tertentu. Ini membezakannya untuk digunakan dalam berbagai aplikasi produk.

Berikut adalah jenis-jenis fabrik yang biasa digunakan dalam pembuatan beg dan beratnya di dalam ukuran gram per meter persegi. Semua jenis fabrik dibawah adalah dilapisi oleh lapisan kalis air (coated )


  • Cuben Fiber CT0.3K.08     - 11.4 g/m² 
  • Cuben Fiber  CT0.6K.08    - 16.1 g/m² 
  • Cuben Fiber CT1K.08        - 17.4  g/m²
  • Cuben Fiber CT2K.08        - 25.4  g/m²
  • Cuben Fiber CT2K.18        - 33.6 g/m²
  • Cuben Fiber CT3.5K.08     - 35.4 g/m² 
  • Cuben Fiber CT3.5K.18     - 42.6 g/m² 
  • Cuben Fiber CT5K.08        - 42.4 g/m² 
  • Xpac TX07 70d                - 108.49 g/m²
  • Xpac VX07 70d                - 162.74 g/m²
  • Xpac VX21 210d              - 203.43 g/m²
  • Xpac VX42 420d              - 284.80 g/m²
  • Xpac VX51 500d              - 352.61 g/m²
  • Nylon Ripstop 70d             - 84.76 g/m²
  • Nylon Ripstop 210d           - 172.91 g/m²
  • Nylon Oxford 200d            - 142.40 g/m²
  • Packcloth 400d                  - 193.26 g/m²
  • Cordura 500d                    - 254.29 g/m²
  • Cordura 1000d          - 376.35 g/m²
  • Dyneema 140d           - 118.67 g/m²
  • Dyneema X 210d       - 142.40 g/m²



Perlu diingatkan bahawa ralat boleh berlaku disebabkan ketebalan coating yang berbeza atau jenis material (yarn) yang berbeza pengeluar.

   

1 November 2013

Teknik Memegang Beg

Salahsatu perkara yang menyebabkan buckle tercabut, jahitan merentas atau lebih kritikal sehingga beg terkoyak adalah disebabkan oleh kesilapan mengangkat beg tidak pada bahagian yang betul. Kejadian seperti ini boleh berlaku ketika beg dipunggah di airport, ketika memunggah dari 4wheel atau pun kesilapan kita sendiri ketika trekking.



Bahagian Pack Handle di jahit/reka lebih kukuh untuk menampung keseluruhan berat beg. Jadi bahagian ini adalah bahagian yang sebetulnya dipegang ketika hendak mengangkat beg. Biasakan menggunakan pack handle ketika mula-mula mengangkat beg mahupun ketika menurunkan beg. Sentiasa beringat bahawa kesilapan yg kecil boleh mengundang musibah yang lebih besar.

Semoga lebih berhati-hati.