gunung

gunung
"Dan Ia menetapkan di bumi gunung-ganang supaya ia tidak menghayunkan kamu; dan sungai-sungai serta jalan-jalan, agar kamu mendapat petunjuk" [AnNahl:15]

Page

8 November 2013

Waterproof Rating


Kebanyakan fabrik yang waterproof mempunyai nilaian rating tertentu di dalam spesifikasinya.  Ia akan dinilaikan dalam unit mmH20 atau psi. Fabrik jenis ini biasanya mempunyai lapisan DWR (Durable Water Repellent) samada ia waterproof secara coating, laminate atau sebagainya.

Ok, rating untuk tahap waterproof ini akan dinilaikan seperti 10000mm, 15000mm, 20000mm dan sebagainya. Sebelum tu kita kena faham maksud psi iaitu Pound per Square Inch. Psi ialah unit untuk mengukur tekanan yang mana ditakrifkan sebagai daya per unit keluasan.

Bayangkan satu eksperimen dimana satu tiub silinder diletakkan di atas seinci persegi fabrik yg ingin diuji. Kemudian air di masukkan ke dalam tiub tersebut untuk memberikan tekanan kepada fabrik. Tinggi air yang di masukkan disukat dengan unit panjang atau tinggi. Nilai seperti 10000mm ialah ukuran tinggi air yang dimasukkan. Apabila fabrik dapat menahan tembusan air pada nilai tertentu ( cth 10000mm) maka ratingnya ialah 10000mm dan kalau 20000mm maka ratingnya 20000mm dan sebaliknya lah.



Ok, setakat ni dapat tak?.  Untuk convert daripada nilai rating mmH²0 ( cth 10000mm) ke Psi, ia memerlukan sikit pengetahuan matematik. Tenaga keupayaan air dikira  berkadaran dgn jisim air dikalikan dgn gravity dan dikalikan dengan ketinggian. Jisim air pulak ia related dengan suhu air. Jadi kita ambil lah nilai suhu malar air di hutan hujan kita iaitu dalam 20°C lah andaian. Ke ada org yang pernah ukur suhu air hujan kat dlm hutan, meh sini nilai dia aqu kirakan.

Tapi kalo malas nak kira, kita google je lah convertion table dari unit mmH²0 ke psi atau cmH²0 ke psi. Jadual convertion yang aqu rekemen ni dr Universiti Cornell punya link. http://www-users.med.cornell.edu/~spon/picu/calc/pressure.htm

Kita amik contoh fabrik xpac utk pengiraan. Mengikut spesifikasi pengeluar, tahap waterproof nya sehingga 200psi. Jadi, ia berupaya menahan tekanan air sebanyak 140,640mmH²0. Atau contoh lagi satu spesifikasi flysheet oren yang berada di pasaran dengan tahap waterproof sebanyak 12,000mm. Untuk tu, kita perlu tahu spec material dan brapa nilai yang kita perlukan ya.

Untuk memudahkan, ni adalah nilai waterproof dan keberkesanan yang aqu jangkakan untuk hutan kita.


  • 5,000 mmH²0   = mampu menahan hujan rintik
  • 10,000 mmH²0 = mampu menahan hujan sederhana
  • 20,000 mmH²0 = mampu menahan hujan lebat
  • 30,000 mmH²0 = mampu menahan hujan super lebat, hehe


Jadi, anda bole menilai apa spec material yang anda hendak beli samada untuk jaket, flysheet dan sebagainya la. Untuk produk yang menggunakan waterproof rating dgn bacaan ipx seperti IPX7, IPX6 dan sebagainya, kita sambung lg dlm blog akan datang.

4 November 2013

Backpack: Ujian Lasak 96.5 km/h

Ini adalah sebuah video dari majalah Backpacker ketika menguji tahap kelasakan beberapa model beg dari berbagai jenama yang berbeza. Beg-beg tersebut diikatkan bersama lalu di tarik dari sebuah trak yang bergerak selaju 60mph atau lebih kurang 96.5 km/h.





Jadi sudah bole nampak perbezaan kan? Fabrik dan pembuatan yang berbeza akan memberikan hasil yang berbeza.

Gore Tex vs Event vs Neo Shell



Hari ni kita lihat beberapa video eksperimen untuk membandingkan kemampuan material yang biasa di gunakan dalam pembuatan jaket-jaket outdoor. Gore Tex, Event dan Neo Shell adalah material prestasi tinggi mempunyai kemampuan yang berbeza tetapi sama fungsi untuk mencegah air masuk ke bahagian dalam  dan dalam masa yang sama membenarkan udara keluar dari badan.

Material-material ini mempunyai 2 spec iaitu fabrik 2 layer dan 3 layer. Kita akan membincangkan perbezaan 2 layer dan 3 layer dalam post akan datang tetapi kali ini kita akan melihat prestasi ciri 'breathability' atau 'air permeability' atau dalam bahasa yang lebih mudah tahap 'pernafasan' fabrik tersebut.


Daripada eksperimen ringkas di atas, kita bole nampak tahap 'breathability' fabrik Event adalah jauh lebih baik dari Gore Tex dan NeoShell. Ciri 'breathability' adalah amat penting jika kita beraktiviti di hutan hujan. Keadaan dimana mempunyai tahap cuaca yang panas dan hujan yang lebat sepanjang tahun.

Kita lihat lagi satu eksperimen mudah untuk menguji tahap 'breathability' Gore Tex dan Event.




Antara jenama yang menggunakan Event dalam pembuatan jaket adalah seperti Karrimor, Montane, OMM, RAB dan beberapa jenama yang lain. Gore Tex digunakan lebih meluas oleh pengeluar-pengeluar yang lain. Harga bagi sehelai jaket kebanyakannya di atas RM500 dan ada yang melebihi 1K.

Tetapi hati-hati, jaket ini amat berbeza dengan jaket-jaket tiruan yang banyak terjual di sini yang berharga sekitar RM100-RM150. Nampak memang sama tetapi material fabrik adalah tidak sama samasekali.