Kebanyakan fabrik yang waterproof mempunyai nilaian rating tertentu di dalam spesifikasinya. Ia akan dinilaikan dalam unit mmH20 atau psi. Fabrik jenis ini biasanya mempunyai lapisan DWR (Durable Water Repellent) samada ia waterproof secara coating, laminate atau sebagainya.
Ok, rating untuk tahap waterproof ini akan dinilaikan seperti 10000mm, 15000mm, 20000mm dan sebagainya. Sebelum tu kita kena faham maksud psi iaitu Pound per Square Inch. Psi ialah unit untuk mengukur tekanan yang mana ditakrifkan sebagai daya per unit keluasan.
Bayangkan satu eksperimen dimana satu tiub silinder diletakkan di atas seinci persegi fabrik yg ingin diuji. Kemudian air di masukkan ke dalam tiub tersebut untuk memberikan tekanan kepada fabrik. Tinggi air yang di masukkan disukat dengan unit panjang atau tinggi. Nilai seperti 10000mm ialah ukuran tinggi air yang dimasukkan. Apabila fabrik dapat menahan tembusan air pada nilai tertentu ( cth 10000mm) maka ratingnya ialah 10000mm dan kalau 20000mm maka ratingnya 20000mm dan sebaliknya lah.
Ok, setakat ni dapat tak?. Untuk convert daripada nilai rating mmH²0 ( cth 10000mm) ke Psi, ia memerlukan sikit pengetahuan matematik. Tenaga keupayaan air dikira berkadaran dgn jisim air dikalikan dgn gravity dan dikalikan dengan ketinggian. Jisim air pulak ia related dengan suhu air. Jadi kita ambil lah nilai suhu malar air di hutan hujan kita iaitu dalam 20°C lah andaian. Ke ada org yang pernah ukur suhu air hujan kat dlm hutan, meh sini nilai dia aqu kirakan.
Tapi kalo malas nak kira, kita google je lah convertion table dari unit mmH²0 ke psi atau cmH²0 ke psi. Jadual convertion yang aqu rekemen ni dr Universiti Cornell punya link. http://www-users.med.cornell.edu/~spon/picu/calc/pressure.htm
Kita amik contoh fabrik xpac utk pengiraan. Mengikut spesifikasi pengeluar, tahap waterproof nya sehingga 200psi. Jadi, ia berupaya menahan tekanan air sebanyak 140,640mmH²0. Atau contoh lagi satu spesifikasi flysheet oren yang berada di pasaran dengan tahap waterproof sebanyak 12,000mm. Untuk tu, kita perlu tahu spec material dan brapa nilai yang kita perlukan ya.
Untuk memudahkan, ni adalah nilai waterproof dan keberkesanan yang aqu jangkakan untuk hutan kita.
- 5,000 mmH²0 = mampu menahan hujan rintik
- 10,000 mmH²0 = mampu menahan hujan sederhana
- 20,000 mmH²0 = mampu menahan hujan lebat
- 30,000 mmH²0 = mampu menahan hujan super lebat, hehe
Jadi, anda bole menilai apa spec material yang anda hendak beli samada untuk jaket, flysheet dan sebagainya la. Untuk produk yang menggunakan waterproof rating dgn bacaan ipx seperti IPX7, IPX6 dan sebagainya, kita sambung lg dlm blog akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan