Hari ni kita lihat beberapa video eksperimen untuk membandingkan kemampuan material yang biasa di gunakan dalam pembuatan jaket-jaket outdoor. Gore Tex, Event dan Neo Shell adalah material prestasi tinggi mempunyai kemampuan yang berbeza tetapi sama fungsi untuk mencegah air masuk ke bahagian dalam dan dalam masa yang sama membenarkan udara keluar dari badan.
Material-material ini mempunyai 2 spec iaitu fabrik 2 layer dan 3 layer. Kita akan membincangkan perbezaan 2 layer dan 3 layer dalam post akan datang tetapi kali ini kita akan melihat prestasi ciri 'breathability' atau 'air permeability' atau dalam bahasa yang lebih mudah tahap 'pernafasan' fabrik tersebut.
Daripada eksperimen ringkas di atas, kita bole nampak tahap 'breathability' fabrik Event adalah jauh lebih baik dari Gore Tex dan NeoShell. Ciri 'breathability' adalah amat penting jika kita beraktiviti di hutan hujan. Keadaan dimana mempunyai tahap cuaca yang panas dan hujan yang lebat sepanjang tahun.
Kita lihat lagi satu eksperimen mudah untuk menguji tahap 'breathability' Gore Tex dan Event.
Antara jenama yang menggunakan Event dalam pembuatan jaket adalah seperti Karrimor, Montane, OMM, RAB dan beberapa jenama yang lain. Gore Tex digunakan lebih meluas oleh pengeluar-pengeluar yang lain. Harga bagi sehelai jaket kebanyakannya di atas RM500 dan ada yang melebihi 1K.
Tetapi hati-hati, jaket ini amat berbeza dengan jaket-jaket tiruan yang banyak terjual di sini yang berharga sekitar RM100-RM150. Nampak memang sama tetapi material fabrik adalah tidak sama samasekali.
event terbaik...
BalasPadam