gunung

gunung
"Dan Ia menetapkan di bumi gunung-ganang supaya ia tidak menghayunkan kamu; dan sungai-sungai serta jalan-jalan, agar kamu mendapat petunjuk" [AnNahl:15]

Page

19 Januari 2014

Pengetahuan Tentang Denier


Denier ialah unit ukuran bagi tekstil untuk jumlah ketumpatan jisim linear gentian (fiber) . Ia ditakrifkan sebagai jisim dalam gram untuk setiap 9000 meter gentian. Ukuran standard untuk 1 denier bersamaan 1 gram diambil berdasarkan jisim bagi gentian sutera yang panjangnya 9000m. Mikrodenier pula digunakan untuk menyukat gentian yang mempunyai berat kurang daripada satu gram bagi setiap 9000 meter.

Ambil contoh satu jenis fabrik beg yg berjumlah 500 denier dan 1000 denier dari fiber yang sama. Perbezaannya ialah dari segi berat dan ketebalan yang mana 1000 denier adalah lebih berat dan tebal. Untuk fiber yang mempunyai jumlah denier 1g atau kurang, ia dikenali sebagai mikrofiber yang contohnya digunakan dalam pembuatan tuala outdoor.

Pengetahuan tentang jumlah denier amat penting di dalam pemilihan produk-produk siap outdoor contohnya dalam pemilihan beg. Bahagian bottom bag, belakang beg, shoulder strap dan hipbelt adalah kawasan-kawasan yang memerlukan fabrik berketegangan, lebih tahan dan lebih kekuatan. Sudah tentu jika mengandaikan fiber sesuatu fabrik adalah sama; jika lebih besar jumlah denier, maka lebih kekuatan fabrik tersebut.

Beg Cuben Fiber


Penggunaan fiber yang berbeza juga memberikan hasil yang berbeza juga pada kekuatan fabrik. Contohnya 500 denier fabrik dari fiber nylon adalah lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber cotton walaupun jumlah deniernya sama. Terdapat juga fiber-fiber sintetik berteknologi tinggi seperti dyneema dan polyamide yang lebih kuat dari 500 denier fabrik dari fiber nylon walaupun jumlah jisimnya lebih rendah dari 500 denier. Cuben fiber contohnya; walaupun ia adalah 50%-70% lebih ringan dari Kevlar ( digunakan dalam pembuatan baju kalis peluru ) tetapi kekuatannya adalah lebih kurang 4 kali ganda dari Kevlar.   

Pengeluar-pengeluar beg masakini contohnya mempunyai formula sendiri dalam menentukan nisbah kekuatan fabrik berbanding berat beg bagi menghasilkan beg yang ringan tetapi kukuh. Selain faktor rekabentuk (design) dan pembinaan (construction), pemilihan fabrik yang tepat dengan mengambilkira faktor berat berbanding kekuatan ( weight & strenght ) akan menentukan prestasi sebenar sesuatu produk.

Penganggaran material fabrik bergantung pada denier yang diperlukan juga dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu beg seperti menggunakan fabrik yang lebih kukuh pada bahagian bawah kompartmen utama (pack bottom), belakang beg (backsystem) juga penggunaan fabrik yang sesuai pada hipbelt atau shoulder harness. Maka di sinilah kepintaran pereka-bentuk diuji dimana agihan antara berat dan kekuatan fabrik perlu tepat di dalam sesuatu rekabentuk. Dan pengetahuan tentang denier yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu rekaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan