gunung

gunung
"Dan Ia menetapkan di bumi gunung-ganang supaya ia tidak menghayunkan kamu; dan sungai-sungai serta jalan-jalan, agar kamu mendapat petunjuk" [AnNahl:15]

Page

2 November 2013

Perbandingan Berat Fabrik


Terdapat berbagai jenis fabrik dari yang digunakan dalam pembuatan produk-produk outdoor. Setiap jenis fabrik mempunyai berbagai tahap kekuatan, jalinan dan berat yang tertentu. Ini membezakannya untuk digunakan dalam berbagai aplikasi produk.

Berikut adalah jenis-jenis fabrik yang biasa digunakan dalam pembuatan beg dan beratnya di dalam ukuran gram per meter persegi. Semua jenis fabrik dibawah adalah dilapisi oleh lapisan kalis air (coated )


  • Cuben Fiber CT0.3K.08     - 11.4 g/m² 
  • Cuben Fiber  CT0.6K.08    - 16.1 g/m² 
  • Cuben Fiber CT1K.08        - 17.4  g/m²
  • Cuben Fiber CT2K.08        - 25.4  g/m²
  • Cuben Fiber CT2K.18        - 33.6 g/m²
  • Cuben Fiber CT3.5K.08     - 35.4 g/m² 
  • Cuben Fiber CT3.5K.18     - 42.6 g/m² 
  • Cuben Fiber CT5K.08        - 42.4 g/m² 
  • Xpac TX07 70d                - 108.49 g/m²
  • Xpac VX07 70d                - 162.74 g/m²
  • Xpac VX21 210d              - 203.43 g/m²
  • Xpac VX42 420d              - 284.80 g/m²
  • Xpac VX51 500d              - 352.61 g/m²
  • Nylon Ripstop 70d             - 84.76 g/m²
  • Nylon Ripstop 210d           - 172.91 g/m²
  • Nylon Oxford 200d            - 142.40 g/m²
  • Packcloth 400d                  - 193.26 g/m²
  • Cordura 500d                    - 254.29 g/m²
  • Cordura 1000d          - 376.35 g/m²
  • Dyneema 140d           - 118.67 g/m²
  • Dyneema X 210d       - 142.40 g/m²



Perlu diingatkan bahawa ralat boleh berlaku disebabkan ketebalan coating yang berbeza atau jenis material (yarn) yang berbeza pengeluar.

   

1 November 2013

Teknik Memegang Beg

Salahsatu perkara yang menyebabkan buckle tercabut, jahitan merentas atau lebih kritikal sehingga beg terkoyak adalah disebabkan oleh kesilapan mengangkat beg tidak pada bahagian yang betul. Kejadian seperti ini boleh berlaku ketika beg dipunggah di airport, ketika memunggah dari 4wheel atau pun kesilapan kita sendiri ketika trekking.



Bahagian Pack Handle di jahit/reka lebih kukuh untuk menampung keseluruhan berat beg. Jadi bahagian ini adalah bahagian yang sebetulnya dipegang ketika hendak mengangkat beg. Biasakan menggunakan pack handle ketika mula-mula mengangkat beg mahupun ketika menurunkan beg. Sentiasa beringat bahawa kesilapan yg kecil boleh mengundang musibah yang lebih besar.

Semoga lebih berhati-hati.

Bahagian-Bahagian Beg

Seringkali ramai yang terkeliru dengan istilah bahagian-bahagian beg. Kita sebut lain, orang lain sebut lain. Kebanyakan istilah-istilah ini masih dalam sebutan Inggeris sebab jika kita nak dalam sebutan bahasa Malaysia, banyak yang masih belum diterjemahkan.


Antara bahagian yang biasa disebut adalah seperti;
1. Top Lid - bahagian penutup atas beg
2. Pack Handle - utk memegang/ mengangkat beg
3. Side Compression Strap - untuk menegangkan sisi beg
4. Top Stabilizer Strap - untuk menyeimbangkan bhg atas beg
5. Lower Stabilizer Strap -  untuk menyeimbangkan hipbelt
6. Hipbelt - untuk memegang bahagian illiac crest pinggang
7. Lumbar Pad - untuk menyerap tekanan beban pada tulang belakang bahagian punggung
8. Shoulder Harness - sebagai pelindung / menyerap tekanan pada bahu
9. Sternum Strap/ Chest Strap - untuk mengetatkan shoulder harness di bahagian dada

Baek..semoga lepas ni kita akan fasih dengan sebutan-sebutan ini..

30 Oktober 2013

Perbezaan Nylon Dan Polypropylene Webbing

Ok, ini lagi satu perkara yang sering mengelirukan outdoorians. Adakah webbing atau strap yang digunakan adalah dari material nylon atau polypropylene (PP) dan apakah yang membezakan dari segi aplikasi dan penggunaan.

Beg-beg outdoor menggunakan webbing dari material nylon. Sebab utama nylon digunakan ialah ia lebih mesra dengan buckle-buckle acetal dan sifat tekstur nylon yang kesat mengelakkan buckle dari terlucut. PP adalah lebih licin untuk 'menggigit' buckle dan biasanya kita lihat PP digunakan pada jaket pelampung.





           nylon webbing                                                         polypropylene webbing


Untuk lebih difahami, kita tengok perbezaan nylon dan PP dalam carta yang lebih difahami di bawah;

Mengukur Panjang Torso

Pemilihan saiz beg bergantung pada panjang torso pemakai. Seringkali banyak yang terkeliru apabila mengaitkan panjang torso dengan ketinggian tubuh. Oleh itu, sebelum memilih beg pastikan anda tahu berapakah panjang torso anda terlebih dahulu. Grafik di bawah menunjukkan panjang bahagian organ tubuh yang perlu diukur bagi mengira saiz torso.


Mulakan mengukur dari tulang ke 7 atau c7. Titik c7 ini mudah dirasai dengan tangan apabila kita menundukkan kepala. Tulang yg terbonjol di leher itulah c7. Manakala di bahagian pinggang cari tulang 'illiac crest'. Raba kiri dan kanan pinggang anda dan pasti anda dpt mengesan bahagian yg terbonjol itu. Jajarkan panjangnya searas dengan tulang belakang dan ukur sehingga jarak itu. Itulah panjang torso.


  


Selepas itu, periksa spesifikasi saiz beg mengikut panjang torso yang telah diukur. Perlu dimaklumkan bahawa setiap jenama beg mempunyai saiz yang tersendiri berdasarkan panjang torso. Jadi, dapatkan maklumat tentang saiz mengikut pengeluar dari laman web jenama terbabit.

contoh panjang torso dr jenama Arcteryx

Ok, selamat mencuba.